The JaNG

Never regret. If it’s good, it’s wonderful. If it’s bad, it’s experience.

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by kombet - - 2 comments

Facebook is the most popular social network out there. It first started as a network for Harvard students but soon expanded to accept everybody all over the world and gained enormous popularity among all generations. It is almost hard to find in these days someone who is not “on Facebook”.
Here is the list of all Facebook Emoticons and their shortcuts:

Posted by kombet - - 6 comments

Berbulan madu di Malaysia telah berubah seiring peredaran zaman. Kalau masa dulu pergi berbulan madu di Paris, London, istana lama di Eropah dan pulau-pulau tropika di Caribbean adalah amat pupular. Pasangan hari ini lebih gemar berbulan madu di dalam negeri sahaja, selain menjimatkan kos banyak saja tempat menarik di Malaysia yang setanding dengan apa yang anda boleh dapat di luar negara, atau mungkin lebih menarik.


1-Pulau Pangkor Laut
Memetik kata Luciano Pavarotti penyanyi tenor tersohor semasa pembukaan resort eksklusif pulau itu pada tahun 1994,

“Aku hampir menangis ketika melihat betapa indahnya syurga ciptaan Tuhan ini.”

Pantai Emerald Bay di pulau ini dengan pasir memutih dan air jernih bak kristal adalah syurga dunia bagi pasangan yang ingin mandi, berjemur atau bercanda di pasiran pantai. Coral Beach dikenali sebagai tempat untuk aktiviti snorkeling dan Royal Bay untuk yang gemar aktiviti pelayaran. Chalet-chalet mewah dengan binaan berunsur Melayu dan Bali, dengan pandangan ke laut luas atau bukit menghijau menambah suasana romantik untuk pasangan yang baru berkahwin. Kemudahan lain seperti jakuzi, mandi sauna, spa dan restoran juga disediakan. Untuk ke Pangkor Laut anda boleh menaiki bot selama 40 minit perjalanan dari pekan Lumut. Kepada yang ada bajet lebih bolehlah menaiki kapal terbang ke Pulau Pangkor yang terletak berhampiran dan menaiki bot selama 15 minit ke Pangkor Laut.


2-Pulau Tioman
Pada tahun 1970 majalah Time telah menobatkan Pulau Tioman sebagai satu dari sepuluh lokasi “pulau untuk anda yang inginkan ketenangan” di dunia. Tioman memiliki lanskap yang menakjubkan dengan hutan hujan malar dari bukit yang menjadi titik tengah pulau sehingga ke pasir putih memeluk pantai manakala di selatan pulau terdapat dua puncak dinamakan Nenek Si Mukut dan Batu Sirau. Bawalah pasangan anda mandi-manda di Air Terjun Mukut yang turun dari puncak granit. Kepada yang sukakan suasana romantik dan sunyi bersama si dia bolehlah melalui satu jalan denai ke Tekek, arah utara dari Salang dan arah selatan dari Genting. Pulau Tioman adalah destinasi terunggul dalam aktiviti snorkeling dan penyelaman, dan terdapat banyak pusat penyelaman PADI di hotel-hotel. Untuk suasana malam yang romantik cubalah menjamu selera di satu dari banyak restoran menghadap laut.


3-Pulau Langkawi
Di pulau terbesar di Malaysia ini ada banyak lokasi untuk pasangan baru berkahwin boleh menikmati bulan madu dengan ketenangan dan penuh privasi. Dua tempat pilihan untuk berbulan madu adalah Teluk Datai dan Tanjung Rhu. Terletak di utara pulau Teluk Datai menjadi lokasi resort mewah. Ada pantai hanya ekslusif untuk penginap hotel, dan mereka yang baru berkahwin boleh menikmati pemandangan laut yang indah ibarat permata menghadap negara Thai. Kira-kira 20 kilometer dari Teluk Datai di mana terletaknya Tanjung Rhu (juga dikenali sebagai Casuarina Bay) yang memiliki pantai dengan air laut memukau menghadap Laut Andaman. Semasa air surut, anda dan pasangan boleh ke Pulau Pasir dan Pulau Gasing. Di kawasan paya berhampiran ajaklah pasangan anda memberi makan kepada helang dengan tangan. Kepada yang nak membeli-belah untuk rumah baru harus ke Kuah di mana barangan dijual adalah bebas cukai.


4-Batu Ferringhi
Atau nama lainnya “Batu Orang Asing” tempat ini telah menarik ramai personaliti di zaman silam. Laksamana Portugis Alfonso D’Albuquerque singgah di Batu Feringghi pada 1511 sebelum belayar ke selatan untuk menakluk Melaka. St. Francis Xavier singgah di sini pada 1545 dan Kapten James Lancaster yang membuka Syarikat Hindia Barat mendarat di Batu Ferringhi pada 1600. Pada hari ini, pasangan yang ingin berbulan madu memilih untuk tinggal di resort-resort atau melakukan aktiviti sukan air bersama di tepi pantai yang indah. Bawalah isteri atau suami berjalan-jalan di kedai antik atau galeri seni, dan pergi menikmati ikan bakar Penang yang enak.


5-Cameron Highlands
Untuk pasangan yang suka aktiviti luar Cameron Highlands adalah destinasi yang sesuai dengan cuacanya yang nyaman dan suasana sunyi. Bukit resort Malaysia ini terletak kira-kira 4900 ke 5900 meter dari aras laut di atas Banjaran Titiwangsa. Kalau nak cari tempat romantik memang tak susah. Pergi saja ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni. Suap mulut pasangan anda dengan strawberi segar dari ladang. Nikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang Teh yang luas. Anda boleh sampai ke Cameron highlands dengan menggunakan jalan dari Tapah yang mengambil masa lebih kurang sejam. Aktiviti jungle-trekking ke hutan-hutan berhampiran dalam bentuk pakej juga disediakan.


6-Santubong
Terletak 35 kilometer dari Kuching, Santubong memberi anda keunikan tersendiri dengan pantai-pantai yang cantik dan tarikan budaya tempatan. Pantai Damai berlatarkan Gunung Santubung setinggi 810 meter adalah anugerah Allah yang amat menarik. Anda boleh membawa pasangan menyusuri Sungai Salak, melihat keindahan mtahari naik di puncak Santubong, atau melawat pulau-pulau berhampiran. Kampung Budaya Sarawak di kaki Gunung Santubong adalah muzium hidup di mana penghuni kampung daripada pelbagai kaum dan etnik besar di Sarwak menunjukkan demonstrasi membuat hasil seni dan cara hidup di dalam rumah tradisional mereka.


7-Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Selain mandi-manda dan berehat di pasiran pantai anda boleh cuba menunggang kuda. Berjalan berpegangan tangan di Taman Putera Philip atau menjelajah pulau-pulau berhampiran dan memancing laut dalam di Laut China Selatan. Bawalah si dia menaiki bot dengan dasar gelas untuk menikmati kecantikan terumbu karang diluar jangkaan di Taman Negara Tuanku Abdul Rahman. Kesemua lima pulau di taman negara laut juga memilki pantai-pantai yang indah dan hutan-hutan dengan jalan denai. Anda disyorkan menginap dai resort lima bintang di Tanjung Aru untuk saat berbulan madu yang tidak luput di ingatan.


8-Pulau Redang
Terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang suka bercuti ke pulau di sini letaknya tempat menyelam yang pastinya tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang sukakan aktiviti ini. Jelajah tinggalan kapal perang dunia kedua H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse di lantai laut yang jernih dan jelas dilihat. Pemenang Kementerian Pelancongan Malaysia dalam “Anugerah Tarikan Pelancong Terbaik” Pulau Redang memiliki sebilangan hotel dan resort bertaraf empat ke lima bintang dan juga padang golf 18 lubang. Pantai Pasir Panjang yang indah pastinya melambai anda dan pasangan untuk ke sana. Anda boleh cuba aktiviti snorkeling di pulau-pulau kecil (Pulau Pinang dan Pulau Ekor Tebu) yang terletak berhampiran. Lokasi berbulan madu ini terletak 45 kilometer dari Kuala Terengganu.


9-Cherating
Pernah terkenal sebagai syurga “backpackers” Cherating memiliki tarikan yang tersendiri. Pantai yang panjang dihiasi pohon-pohon kelapa yang melambai dan rumah-rumah nelayan. Senario yang mengusik jiwa apatah lagi jika anda sudah lama tidak ke kampung halaman, tambahan orang-orang kampung di sini ramah belaka. Disamping berbulan madu anda dan pasangan boleh cuba membuat batik sendiri atau belajar seni menyulam menggunakan daun pandan untuk dijadikan topi dan bakul. Jika anda berkunjung pada Julai hingga September anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu hijau datang bertelur di Pantai Chendor. Cherating terletak kira-kira 30 kilometer dari utara Kuantan.


10-Genting Highlands
Terletak megah di atas punck Gunung Ulu Kali berketinggian 2000 meter tinggi Genting Highlands menawarkan percutian ala Disneyland. Cubalah roller coaster, masuk ke rumah hantu atau mainan lain yang terdapat di taman tema beriklim dingin ini. Untuk suasana lebih romantik anda boleh menunggang kuda di Ladang Kuda Awana. Untuk ke sini mengambil masa 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

kredit-PakJi.com

Posted by kombet - - 0 comments


ni lagu negeri tempat kelahiran aku..di kota gelangi 5, jerantut, pahang.. kat bawah ni ada lirik yang versi asal dan baru.

Lirik Asal

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami.

Lirik Baru

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.

Posted by kombet - - 1 comments

.haa..ni la band kegemaran aku..dari dulu sampai sekarang..bagi aku semua lagunye best. lantak pi la orang yang tak suka.. oi!. ni nak cerita skit sejarah kumpulan ni..

Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kumpulan ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini. Bang ini juga dikenali sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!

banyak koleksi kaset dan cd dalam simpanan aku..masih elok sampai sekarang..hehe..ni antara demo, ep dan lp yang pernah diterbitkan sepanjang zaman kegemilangan band ini.


EP

  • Unite & Fight

LP

  • Eastern Oi!

Single

  • We Are The Skin
  • Streets of Uptown

Demo

  • A.C.A.B.

Pada tahun 2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.

Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/The_A.C.A.B.



Posted by kombet - - 0 comments

 ya..inilah lagu kebesaran negeri sembilan yang telah digubah..dah lama tak nyanyi lagu ni..masa sekolah dulu selalulah.sekarang aku menetap di negeri sembilan.namun tidak akan aku lupakan tempat asalku iaitu dari negeri pahang.. :)

Berkatlah Yang Di Pertuan Besar
Di Negeri Sembilan

Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa

Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Di Negeri Sembilan

Posted by kombet - - 1 comments

nicela.....tapi kenapa MUFC.?????? dem...mafaka...anyway wish u luck malaysian team.. :)
sumber -  http://dota2.com/

Posted by kombet - - 4 comments

mula-mula ingat mendape ni..skali tengok..lawak..ehehe..cuba kalian tengok juga..amacam?